Saturday, October 16, 2010

adAkah kau kawAn ataU sahaBat

Terdapat perbezaan di antara kawan dan sahabat;

Pertama, kawan adalah seorang yang namanya kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kau miliki persamaan, dan kau berasa gembira bersamanya. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumah mu dan dengannya kau bergurau. Namun, kau tidak akan memberikan hidupmu kepada mereka kerana kadang-kala tindakan-tindakan mereka tidak dimengerti kerana kau kurang mengenali mereka.

Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau cinta, bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun kau mengambil-berat tentang dirinya, dan kau memikirkannya ketika dia tiada di sisi mu.Sahabat adalah orang yang kau ingat ketika kau melihat sesuatu yang mereka sukai kerana kau amat mengenali mereka.Mereka adalah orang yang gambarnya kau miliki dan wajahnya selalu didalam benakmu.

Mereka adalah orang yang kau lihat dalam fikiran mu ketika kau mendengar lagu kerana mereka membuat dirimu berdiri untuk menghampiri mereka,mungkin mereka pernah memijak jari kakimu atau sekadar menempatkan kepala mereka di bahumu.Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kau merasa tenang kerana kau tahu mereka mengambil berat terhadapmu.

Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak mengharapkan suatu alasan pun. Mereka berkata benar - pertama kali - dan kau melakukan hal yang sama. Kau tahu bahwa jika kau memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar.

Mereka adalah orang-orang yang tidak akan mentertawakanmu atau menyakitimu, dan jika mereka benar-benar menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya. Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar ataupun tidak.

Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menangis.Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri. Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang menghantarkan atau mengiringmu pada saat pernikahanmu, atau mungkin adalah orang yang kau nikahi.

eRti sebuAh persaHabaTan

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

RENUNGILAH…

“HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

jaNgaN

jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

?

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Ta kut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya

hikmah saLam

Salah satu kelebihan umat Islam ialah mengucap satu salam yang sama tak mengira bangsa atau apa jua bahasa pertuturan.Sememang nya kita digalakkan menyebarkan salam sesama umat dan sesungguhnya banyak rahmat yang tersembunyi di sebalik salam

1.Menambah keberkatan dalam hidup.

2.Merapatkan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama umamah.

3.Akan terhapus dosa-dosa kecil ketika bersalaman.

4.Akan di kurniakan oleh Allah ganjaran pahala.

5.Orang menghulur dapat sembilan ganjaran berbanding orang yang menyambutnya.

6.Akan dimahkotakan oleh Allah di padang masyar kelak

rahsia memberi saLam

KITA hidup hanya sementara dan apabila tiba masanya kita akan dipanggil juga menghadap Tuhan Rabbul Jalil. Pesan Rasulullah kepada kita, orang bijaksana ialah yang bersiap sedia membuat bekal bagi berhadapan dengan saat kritikal di akhirat kelak.

Cukupkah bekalan kita pada masa ini atau kita tidak pernah mengambil tahu saat itu lantaran cintakan dunia hingga lupa di hadapan kita malaikat maut sentiasa taat setia menanti detik ketika mencabut nyawa. Pernahkah kita bermuhasabah meneropong amal kita laksanakan selama ini atau kita masih hanyut dengan keseronokan dunia ?

Surah Ali-Imran ayat 185 yang bermaksud: “Tiap-tiap (yang berjiwa) mesti merasai mati. Sesungguhnya akan dipersembahkan pahala kamu pada hari kiamat. Barang siapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya menanglah ia. Tiadalah kehidupan di dunia ini, melainkan kesenangan yang memperdayakan.” Kehidupan di dunia ini hanyalah sesuatu yang memperdayakan.

Memang betul, kerana sudah ramai umat manusia yang tertipu dan terpedaya dengan keseronokan dunia hingga jadi lupa daratan dan lupa diri. Rasulullah bersabda; “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kalian dan tidak pula harta kalian, tetapi Allah melihat hati dan amal perbuatan kalian.” Ada dua aspek di sini yang diperhatikan Allah terhadap kita. Yang pertama hati dan yang kedua amal perbuatan yang dilaksanakan. Jadi, ibadah hati mesti lurus selurus dan seterang jalan yang ditetapkan Allah.

Hati yang suci dengan nilai mahmudah pasti mendapat sanjungan dan pujian daripada Allah. Yang berkarat penuh dengan debu-debu dosa batin sudah tentu mendapat balasan seksa yang pedih di akhirat kelak. Demikian jugalah dengan kedudukan amalan kita. Amal ibadah wajib dan sunat semuanya dihitung Allah dan diberi pahala di sisi-Nya. Sebenarnya Islam membuka ruang yang amat luas dalam membuat koleksi pahala di dunia ini. Islam meliputi keseluruhan kehidupan. Oleh itu, keseluruhan gaya hidup mukmin yang menepati kehendak agama akan dikira pahala. Antaranya ialah memberikan salam sesama mukmin.

Rasulullah bersabda; “Wahai manusia, berikan salam (ucapan assalamualaikum), berikan makanan, hubungkan silaturahim, kamu akan masuk syurga dengan selamat.’ (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan At-Tirmidzi ). Salam itu doa kesejahteraan dan keselamatan yang seharusnya dilafazkan ketika berjumpa muslim dan menjawabnya wajib. Apakah hikmahnya menyebarluaskan ucapan salam itu? Dalam hal ini, salam dilihat sebagai satu kaedah bagaimana Islam mementingkan gaya hidup yang harmoni berasaskan persamaan dan semangat ukhwah yang utuh.

Kita akan jumpa lagi satu pesanan Rasulullah berkait salam yang dicatatkan oleh Muslimin; “Apakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu apabila kamu lakukan kamu bersatu padu dan berkasih sayang, iaitu sebarkan ucapan assalamualaikum di antara kamu.” Demikian ajaran nabi agar menjadikan salam membentuk ummah bersatu padu.

Seorang tokoh sufi tersohor, Ibrahim bin Adham mengatakan ucapan salam yang ikhlas akan menghindarkan kita daripada kejahatan dan musibah sebagaimana ucapan fitnah akan menimbulkan dosa dan malapetaka. Oleh itu, amalan memberikan salam sesama muslimin itu suatu manifestasi ikatan ukhwah yang mantap bersendikan agama. Bukan saja berpahala tetapi impaknya sangat positif dalam menimbulkan situasi kehidupan bersosial yang harmonis.

Selain itu, pintu kebaikan terbuka luas dengan budaya memberikan sedekah jariah dan sesungguhnya sedekah sesuatu yang amat digalakkan dalam Islam. Bentuk amalan sedekah dalam Islam begitu luas. Bukan hanya semata-mata wang ringgit tetapi juga apa yang boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain dikira sedekah dan pahala. Begitulah Islam, indah dan mempesonakan.

Seandainya kita mahu mewujudkan jati diri ummah amalan bersedekah sewajarnya dijadikan budaya hidup. Bersedekah akan mengikis tamak dan hasad dengki, menjadikan bermasyarakat bersatu-padu. Surah Al-Maidah ayat 2, Allah mengingatkan kita semua; “Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam berbuat kebaikan dan kebaktian, dan janganlah kamu bantu-membantu dalam berbuat dosa dan permusuhan.”

Marilah kita renungi bersama akan sabda Rasulullah untuk memahami betapa luasnya ruang lingkup bersedekah dianjurkan Islam. Sabda Rasulullah; “Setiap (pergerakan) sendi tulang manusia itu memperoleh sedekah setiap hari yang disinari matahari: mengadili antara dua orang adalah bersedekah, menolong menaikkan barang ke atas kenderaan seseorang atau menurunkannya adalah sedekah, mengucapkan kata-kata yang baik adalah sedekah, dan setiap langkahmu berjalan ke masjid untuk bersolat adalah sedekah, juga membuang yang menyakiti dari jalan laluan adalah sedekah.” (Maksud Hadis riwayat At-Tabrani dan Ibnu Hibban)

Justeru, mengapakah perlu kita memilih jalan kejahatan, keburukan dan kemaksiatan sedangkan jalan yang dipandukan oleh Allah begitu indah dan terang bersinar.

Jangan kita ditewaskan oleh hasutan syaitan laknatullah yang sentiasa mengajak kita berbuat keburukan, sebaliknya bentenglah diri dengan keteguhan iman, takwa dan amal soleh agar kesudahan hidup kita di dunia mendapat keredaan Allah. Marilah kita renung dengan mata hati akan pesanan Allah ini, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.” (Surah Al-Bayyinah ayat 7 )

kebuRukan bercoupLe

Apa perkara yg ber”manfaat” drpd ber”couple” ? :

1) Seronok (dpt fitnah)

2) Seronok (dpt dosa)

3) Seronok (dpt geng dgn syaitan)

4) Dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)

5) Byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..

6) Byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)

7) Byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)

8 ) Lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak… )

10) Lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..

Hasil drpd pengalaman/pemerhat ian/analisa/ kajian terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber”couple” terjadi;

1) Byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dhn syarak.

2) Perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber”couple” asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah. . pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung… so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..

3) Sudah menjadi naluru manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyah an islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can”t be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata “tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le” . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan…

4) Bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..

5) Ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa … lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhi suasana.

7) Lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng” ayat” awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat…

8) Haaa… ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng”ayat”/meng” tackle”, awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng”ayat”. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..

9) Ada kaitan dgn fakta ke-8… perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu “ayat” sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu…

10) Fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber”awek” disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati…

Alhamdulillah niat bagus… tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:
Drpd Abu Abdullah Al-Numan bin Basyir ra : sabda Rasulullah S.A.W “Sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya… ” (Mutfaqalaih)

Cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu…
Wallahualam…

Friday, October 15, 2010

kita bertanya,Quran menjawab

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman,’ (‘I am full of faith to Allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.’

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
‘Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’

- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ‘

- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
‘Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.’

- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). ‘

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’

- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu ‘ min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?

- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ‘

- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
‘… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.’

- Surah Yusuf ayat 12